Rabu, 9 Disember 2015

Terkilan .

Kalau tak suka , 
Cakap . 
Tak perlu berselindung di sebalik kata-kata manis kau .

Kalau ada masalah ,
Cakap .
Semuanya boleh diselesaikan dengan berbincang .

Kalau dah tak sudi , 
Cakap . 
Aku tak marah sebab itu pilihan kau .

Kalau tak nak kawan ,
Cakap .
Aku tak suka macam ni .

Aku doakan yang terbaik untuk kau .
Semoga kau berbahagia bersama mereka .
Aku ni bukan manusia yang seperti mereka .
Aku bukan manusia yang hiburkan engkau macam mereka .

Aku tahu kawan baik kau lebih bagus untuk kau .
Semoga kau berbahagia .
Sekian . 

Sabtu, 19 September 2015

muncul jua

engkau
kenapa baru sekarang kau nak muncul semula
ke mana kau menghilang selama ini

sampai bila aku perlu hadapi ini semua 
seorang diri

perasaan itu
telah lama dibawa bayu 

namun
setelah sekian lama
engkau muncul semula

jangan buat diri aku begini
cukup sekali
aku disakiti



Soal Hati ?

kau pernah tahu
apa yang aku rasa?

kau pernah tahu 
apa yang aku alami?

sikit pun
kau tak pernah tahu

apa yang kau tahu
hanyalah
perasaan kau seorang 
yang kau perlu jaga

maaf
aku sakit hati
aku cemburu

kau dengan perempuan lain
aku sikit pun tak tunjuk kekecewaan aku

kau?
fikirlah sendiri

aku sudah penat
aku sudah letih 
melayan kerenah kau

jangan pelik
kerana
aku sudah tawar hati dengan kau 





Sabtu, 6 Jun 2015

Kata-kata akhir

Akhirnya 
Kesabaran kau sudah melampaui batasnya 
Aku berjaya melampauinya 
Api kemarahan kau sudah membara 
Nampaknya aku berjaya 

Akhirnya 
Aku dapat mengecapi kemenangan
Kejayaan melampaui api kemarahan kau 
Berjaya membarakan hati penuh dengan hasad dengki kau 

Semoga kau bahagia dengan hidup kau 
Semoga kau bahagia dengan si dia 
Sekian .

Khamis, 8 Januari 2015

SI PENYIBUK

Assalamualaikum w.b.t 
Hai everyone 👋 
Sudah lama aku tak hadap update blog ni hahahhahahhah takde masa ah 
Hihihi apa cer cuti ? Dah ready nak masuk sekolah semula ?

Btw ,  kali ni aku rasa aku nak cerita sikit pasal seseorang .

Kau pernah tak jumpa orang yg jenis suka jaga tepi kain orang lain ?
Takkisah lah engkau yg kena ke kawan kau yg kena ke ,
Mesti pernah hadapi orang macam ni kan . 
Dah lah jaga tepi kain orang , then dok mengumpat je orang tu .

Nilah aku nak cerita pasal seorang kawan aku ni , aku panggil dia sbg A , ok .

si A ni budak pandai kat sekolah aku , 
Dia ni kategori budak paling top kat sekolah aku lah . 
Bagi aku , A ni okay je . Baik , cantik , pandai .
Cuma satu jelah aku tak suka pasal dia ni , dia ni jenis gedik . Alah biasa kot perempuan . Hm 
Tapi aku ni jenis tak kisah sangat kot asalkan aku boleh belajar dgn dia .

Normal lah , everyone do mistakes .
Si A ni couple bercintan cintun . 
Kalau dah couple , mesti dating kan ?
Ha so dia ni hampir setiap hari lah dating .
Aku tengok biasa je lah , as usual BADAR akan buat inspection .
Mereka ni pernah kena tangkap . 
Alaa , normal lah kot .

Yang aku paling tak tahan ,
Ada lah seorang makhluk Allah ni .
Aku tak faham betul ah dgn dia ni ,
Suka gila dok sound si A .
As usual , bila dh buat kesilapan mesti nak berubah kan ?
So , si A ni nak berubah . 
So aku support je lah kan . Well , dia nak buat benda baik kan .

Yang si pengumpat ni dok abis abis kutuk dia .
Si A ni nak berubah , dia dok kutuk 
"Ha nak tunjuk baik lah , dah kotor kotor jelah"

Weh , aku nak tanya .
Apa tindakan korang bila seluar korang kotor ?
Korang nak bersihkan , right ? 
Ke ada di antara korang yg sanggup hidup pakai seluar kotor ?
Ha for sure lah korang nak bersihkan ,
If kita buat kesilapan masa lampau , kita mesti nak berubah kan ?
Kita mesti nak bersihkan semula diri kita , kan ?

So , aku nak cakap sikit lah kat si pengumpat ni .

Kau dok mengumpat orang lain buat apa ?
Kau dok kutuk orang lain buat apa ?
Kau dah takde hidup sendiri ke nak difikirkan ?
Rugilah masa yg kau buang dgn dok kutuk orang lain .
Weh , baik kau fikir macam mana nak majukan diri kau dulu .

Kalau kau rasa kau dah perfect sangat , 
Hmm , pergilah mati dulu . 
Yelah kau lan perfect , takde dosa , mesti banyak pahala , masuk syurga kannn .
Hmm tolong eh takyah nak sibuk sangat dgn hal orang lain .
Fikir hal sendiri dulu .
Betulkan diri kau sendiri dulu , baru kau boleh nak sibuk .

Okay lah , aku penat bebel panjang panjang .
K goodbye 👋
Wassalam