Khamis, 6 Disember 2012

Kematian itu satu kepastian :'(

assalamualaikum for the muslims 
and
hi guys :)
hurm .
yesterday,
Wednesday , 5th. Dec. 2012
my dad bring us to my grandma's house
(i mean , nenek saudara lah)
semalam saya pergi sana atas sebab
nak ziarah sepupu mak saya
Arwah meninggal semalam nya .
( on 4th. Dec. '12 at 8.15pm )
Arwah disahkan meninggal dunia selepas dia dibawa pulang dari hospital.
Sebelum ni ,
 dia memang disahkan menghidap penyakit di mana
terdapat jangkitan kuman di paru-paru
seminggu sebelum arwah pergi ,
dia demam panas .
so , nenek saudara saya pun hantar dia ke hospital
dan
pihak hospital mengatakan bahawa paru-paru dia sudah rosak 
+
dia dalam keadaan kritikal 
jadi ,
setelah seminggu terlantar di katil hospital ,
dia dihantar pulang ke rumah .
namun ,
15 minit kemudian ,
dia disahkan meninggal dunia .
kesian kan ?
tapi
nak buat macam mana .
dah ketentuan Ilahi 
kita hanya perlu tabahkan hati dan menerima ketentuan-Nya
walaupun saya tak rapat dengan arwah ,
tapi saya sedih juga .
bila saya pergi ke sana ,
saya teringat satu ayat dalam Surah Yasiin , ayat ke-82 ,
yang bermaksud 
"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi."


disamping itu ,
terdapat juga beberapa kebaikan ketika menziarah jenazah :)

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya pahala yang mula-mula diberikan kepada hamba yang beriman sesudah matinya ialah semua orang yang mengiringi jenazahnya mendapatkan keampunan (dari Allah) (Riwayat Baihaki melalui Ibnu Abbas r.a.) '

Daripada Thauban maula Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa menyembahyangkan jenazah, maka baginya satu qirat pahala. Dan apabila dia turut serta menyaksikan pengebumiannya, maka baginya dua qirat pahala. (Ditanya baginda: Apakah itu qirat wahai Rasulullah?) Sedangkan besar satu qirat itu seperti besarnya gunung Uhud” '

Dalam mazhab Syafie, sunnah dalam mengiringi jenazah adalah orang ramai pergi dahulu ke kubur sebelum jenazah mengikuti dari belakang. Manakala dalam mazhab Hanafi pula, jenazah dihantar terlebih dahulu sebelum orang ramai pergi ke kubur. Kedua-duanya adalah sunnah Nabi dari hadith-hadith.

sewaktu meziarah jenazah ,terdapat juga adabnya ,antaranya :)

Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:“Dari Ibnu Umar telah berkata: Sabda Rasululllah s.a.w.: Sebutlah kebaikan orang yang telah mati dan berhentilah dari menyebut keburukan mereka”. (Riwayat at-Tirmizi). '

secara konklusinya ,
kita sebagai umat islam mestilah melakukan fardhu kifayah seiringan fardhu ain :)
okey 
itu saja
semoga info-info ini dapat dijadikan ingatan :)
wassalam :D


Tiada ulasan:

Catat Ulasan