Khamis, 2 Oktober 2014

Harapan

kalau dulu
telefon bimbitku 
selalu menjadi tatapan
setiap pagi
setiap hari
setiap masa

hanya untuk melihat
sekiranya 
ada pesanan bermakna untukku

namun
itu semua kisah lama
kisah silam yang perlu dibuang jauh
tak perlu diingat
hanya perlu dijadikan pengajaran
kepada diri yang leka ini

apa yang kutempuhi kini
sama seperti insan lain

belajar demi masa depan cerah
berjaya demi kerjaya impian

hati ini sudah tawar dengan insan itu
sudah lali dengan permainan hatinya itu

mengharapkan perubahan 
demi 
mengukir awan cerah 
di
hari akan datang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan