Seorang yang asing dalam hidupku
Seorang yang tak pernah memberi sebarang reaksi untuk berkenalan
Seorang yang terlalu takut untuk berkenalan denganku
Dia
Sering membisu
Sering belajar
Sering beribadah kepada-Nya
Dia
Takut untuk menegurku
Takut untuk berbual denganku
Takut untuk berhadapan denganku
Dia
Membuatku tertanya
Mengapa dia berkelakuan sedemikian
Mengapa
Dia
Seorang yang rajin
Seorang yang bertanggungjawab
Seorang yang berdedikasi
Wahai dia
Aku juga seorang manusia
Tak perlu gentar denganku
Hanya kerana sikapku yang baran
Wahai dia
Marilah berbual denganku
Marilah berkenalan denganku
Marilah bersama mengeratkan silaturrahim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan