Isnin, 17 November 2014

Kehadiran

Kehadiranmu
Memberi sinar baru kepada keluargamu

Kehadiranmu
Membuka pintu rezeki seluasnya

Kehadiranmu
Mengukir senyuman manis di setiap ahli keluargamu

Apabila 
Kau makin membesar kelak

Janganlah kau
Hilangkan sinar itu
Tapi kau makin menerangkan sinar itu dalam keluargamu 

Janganlah kau
Tutupkan pintu rezeki itu
Tapi luaskanlah pintu rezeki itu
Agar keluargamu sentiasa dalam lindunganNya

Janganlah kau
Hilangkan ukiran senyuman itu 
Dengan sikapmu yang mencalarkan jiwa mereka
Tapi
Kau lebarkanlah senyuman mereka
Dengan tunjukkan kejayaan yang kau kecapi
Demi menjaga maruah mereka

Semoga kau 
menjadi anak yang soleh
Menjadi anak yang berjaya 
Menjadi anak yang mampu membawa keluargamu ke syurga 

Amiin .
































Tiada ulasan:

Catat Ulasan